
saudaraku seislam seaqidah
kerana Allah kita bertemu
kerana Allah jua kita bepisah
moga-moga atas pertemuan ini
terjalin simpulan ukhwah fillah
wa mahabbah fillah
teman,
bertemunya kita
bukan lagi untuk berpeluk mesra
lantaran masa
begitu pantas larinya
bahkan untuk sama-sama berlari
mencari jalan redhanya Ilahi
bukan lagi kini
masa bertanya khabar berita
kisah suka atau duka
namun mengertilah
tugas dakwah sedang menanti
‘Sesungguhnya Aku jadikan di atas muka bumi ini khalifah’
maka jika bukan kita
siapa lagi?
wahai teman
persekitaran kita tidak lagi murni
justeru manik-manik iman kian lerai dari ikatan
kuntum-kuntum akhlak dan budi
gugur layu satu persatu
masihkah kita duduk terpaku?
diam membisu?
namun ketahuilah
mujahadah,istiqamah,muraqabah ilallah
senjata utama
dugaan,cabaran,ujian,halangan,
itulah rancah perjuangan
buat sahabat seperjuangan yang ana kasihi fillah..
sahabat seperjuangan..tiada kata secantik bahasa ingin digambarkan betapa sayangnya ana pada kalian..betapa ana menghargai ikatan ukhwah yang kita bina bersama-sama..justeru terimalah seadanya..
pada penghujung perjuangan ini
kita singkap kembali
lembaran hari-hari kita bersama
detik pertemuan kita adalah
saat bermulanya khittah perjuangan ini
betapa sucinya perjuangan
sehingga menemukan kita
betapa kudusnya pertemuan kita
hingga membuahkan kasih sayang
antara kita saling memberi dan menerima
bersama mengejar maghfirah dan redha Ilahi
menggapai cinta Rabbul Izzati
perjuangan ini sesungguhnya
pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman
menuntut kesabaran dan ketabahan
namun sahabat
ikhlas dan redhalah
kerana kita yakin dengan janji Allah
intansurullahayansurukum wa thabbit aqdamakum
betapa manisnya perjuangan ini
akan terus kita kecapi
di dunia abadi nanti
andainya pertemuan ini akan berakhir di sini
ingatlah sahabat
bahawa ukhwah fillah tidak akan mati
dan perjuangan ini akan terus dilestari
walau sesiapapun kita
walau dimana kita berada
dinul islam tetap akan dibela
dan kita pastikan satu hari nanti
dunia ini milik kita
milik perjuangan suci ini
milik islam yang abadi selamanya
kita dalam islam
islam dalam kita
dulu, kini dan selamanya


Tidak ada komentar:
Posting Komentar